Permohonan UPU Sesi 2018/2019 IPTA/UA/Politeknik/ILKA

Permohonan UPU Sesi 2018/2019 IPTA/UA/Politeknik/ILKA|APA itu sistem UPU? UPU merupakan satu sistem secara online yang diwujudkan oleh KPM kepada para pelajar untuk memohon memasuki Universiti Awam (UA), IPTA,
Politeknik atau Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Untuk makluman anda, permohonan kemasukan UPU 2018/2019 akan dibuka mulai 5 Februari 2018 hingga 10 April 2018.

Artikel berkaitan:
πŸ‘‰ Tarikh Pembelian No. Pin Unik ID UPU 2018/2019

Permohonan UPU Sesi 2018/2019 IPTA/UA/Politeknik/ILKA

Permohonan UPU akan dibuka pada setiap tahun bagi lepasan SPM/setaraf dan lepasan STPM/setaraf. Bagi yang ingin membuat pengemaskinian, sila rujuk di Kemaskini Permohonan UPU 2018.

Institut Pengajian Yang Terlibat Bagi Permohonan UPU

◾ 20 Universiti Awam termasuk UM &USM
◾ 34 buah Politeknik
◾ 21 ILKBS (IKBN, IKTBN, AKBG)
◾ 94 Kolej Komuniti
◾ 5 NATC

Permohonan UPU Sesi 2018/2019 IPTA/UA/Politeknik/ILKA

Berikut dikongsikan tarikh dan aplikasi permohonan UPU Sesi 2018/2019 secara online:

◾ Permohonan Dibuka: 5 Februari 2018
◾ Permohonan Ditutup: 10 April 2018
◾ Aplikasi Permohonan:
KLIK: πŸ‘‰ Portal Rasmi UPU

Cara Permohonan UPU Sesi 2018/2019

Berikut dikongsikan cara permohonan UPU sesi 2018/2019 secara online untuk panduan anda:

1. Anda perlu membeli No. Pin Unik ID 
    terlebih dahulu di Bank Simpanan
    Nasional (BSN). Pin berharga RM 15.60
    tanpa caj GST.

2. Selepas itu, anda perlu layari ke Laman
    Portal Rasmi UPU:
KLIK: πŸ‘‰ MOHON SINI

3. Pilih Kategori Permohonan bagi lepasan     SPM/setaraf dan STPM/setaraf:
πŸ‘‰ Lepasan SPM/Setaraf
πŸ‘‰ Lepasan STPM/Setaraf

Tarikh Pembelian No. Pin Unik ID UPU

1. Nombor Pin Unik ID UPU di Bank
    Simpanan Nasional (BSN) bagi
    permohonan sesi 2018/2019 adalah
    berharga RM 15.60 tanpa caj GST.

2. No. Unik ID boleh dibeli di kaunter BSN,
    di mesin ATM BSN, atau menggunakan
    perkhidmatan SMS Banking (bagi
    pemegang akaun GIRO sahaja)

3. Tarikh pembelian No. Pin Unik ID
    dibuka mulai 5 Februari 2018 hingga 9 
    April 2018.

Artikel berkaitan:
πŸ‘‰ Semakan Panggilan Temuduga UPU 2018 Online
πŸ‘‰ Semakan Keputusan UPU Sesi 2018 Online dan SMS

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan UPU boleh terus hubungi melalui pautan berikut:
KLIK: πŸ‘‰ FB BPKP JPT
Atau:-
KLIK: πŸ‘‰ Portal Rasmi UPU

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Rujukan-UPU-Terkini dan follow di Telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini - https://t.me/rujukanupu

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat permohonan kemasukan ke UA, IPTA, Politeknik atau ILKA sesi 2018/2019! Semoga anda berjaya mendapat tawaran UPU!

No comments

Powered by Blogger.