Permohonan UPU Ke UA IPTA/Politeknik/ILKA Sesi 2018/2019 Online

Permohonan UPU Ke UA IPTA/Politeknik/ILKA Sesi 2018/2019 Online|SISTEM UPU diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi memberi peluang kepada pelajar memohon kemasukan ke Universiti Awam (UA), IPTA, Politeknik atau ILKA. Setiap tahun permohonan UPU KPM akan dibuka kepada pelajar bagi menyambung pengajian mereka di mana-mana institusi. Perhatian, permohonan kemasukan ke UPU 2018 akan dibuka mulai 5 Februari 2017 hingga tarikh tutup 10 April 2018.

Artikel berkaitan:
👉 Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi Akademik 2018/2019

Permohonan UPU Ke UA IPTA/Politeknik/ILKA Sesi 2018/2019 Online

Diingatkan sebelum anda membuat permohonan borang secara online, anda perlu membeli No. Pin Unik ID UPU terlebih dahulu. Bagi yang ingin membuat pengemaskinian, sila rujuk Kemaskini Permohonan UPU 2018.

Permohonan UPU Ke UA IPTA/Politeknik/ILKA Sesi 2018/2019 Online

Berikut dikongsikan cara permohonan UPU ke UA IPTA/Politeknik/ILKA sesi 2018/2019 secara online:

1. Pertama kali, anda perlu layari ke Portal
    Rasmi UPU seperti berikut:
KLIK: 👉 http://upu.mohe.gov.my/web/

2. Pilih Kategori Permohonan bagi lepasan     SPM/setaraf dan STPM/setaraf.
KLIK: 👉 Lepasan SPM/Setaraf
KLIK: 👉 Lepasan STPM/Setaraf

3. Pastikan sebelum membuat permohonan
    secara atas talian, anda perlu membeli
    No. Pin Unik ID UPU yang berharga RM 
    15.60 tanpa caj GST.

Artikel berkaitan:
👉 Panduan Membeli No. Pin Unik UPU di BSN

Syarat Am Permohonan UPU

Berikut adalah Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf:

A) Lepasan SPM /Setaraf

◾Warganegara Malaysia dan
◾Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran
     Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan
     mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5)
     kepujian termasuk Bahasa Melayu dan
     lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Program Pengajian UA dan Politeknik Premier

Program pengajian yang terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Semenanjung sahaja:
Semua program pengajian di UiTM;
  • Asasi UIAM;
  • Asasi Sains UM;
  • Asasi UNIMAS;
  • Asasi UMS; dan
  • Asasi UniSZA
Program pengajian yang terbuka kepada semua pemohon yang berkelayakan:
Asasi Pengajian Islam UM;
  • Asasi dan Diploma UPM dan UPNM;
  • Tahmidi USIM;
  • Asasi UKM, UUM; dan
  • Diploma UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP, UniSZA dan Politeknik Premier
B) Lepasan STPM/Setaraf

◾Terbuka kepada Warganegara Malaysia        dan 
◾Penduduk Tetap yang mempunyai No.
     KP/My Kad sahaja. 
◾Bukan Warganegara memohon terus ke
     UA berkaitan.

Kelayakan

i. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
- Pemohon mestilah Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan LULUS dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira; 

DAN

ii. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)
- Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau

iii. SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
- Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; atau

iv. MATRIKULASI / ASASI 
- Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; 

DAN

v. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) iaitu mulai 01 Januari 2012.

Artikel berkaitan:
👉 Semakan Panggilan Temuduga UPU 2018 Online
👉 Semakan Keputusan UPU Sesi 2018 Online dan SMS

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan permohonan UPU, boleh hubungi di talian helpline UPU di 03 - 8870 8200 atau laman web UPU http://upu.mohe.gov.my/web/.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Rujukan-UPU-Terkini dan follow di Telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini - https://t.me/rujukanupu

Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UA, IPTA, Politeknik atau ILKA sesi 2018/2019!

No comments

Powered by Blogger.