Permohonan Kemasukan ke UiTM Ambilan Sesi Mac 2018

Permohonan Kemasukan ke UiTM Ambilan Sesi Mac 2018|KEPADA anda yang ingin membuat permohonan
kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk ambilan sesi Mac 2018. Untuk makluman anda, permohonan kini telah dibuka mulai 2 Oktober 2017 sehingga tarikh tutup pada 6 November 2017 jam 11.59 malam.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Kemasukan ke KUIS Sesi November 2017 Online
👉 Permohonan Kemasukan ke UIAM Ambilan Sesi Februari 2018 Online

             Permohonan Kemasukan ke UiTM Ambilan Sesi Mac 2018
Permohonan ini dibuka bagi anda yang ingin melanjutkan pengajian samada ke peringkat sarjana muda/ penerapan/ professional/ PLK/ Setara Sepenuh Masa.

Permohonan Kemasukan ke UiTM Ambilan Sesi Mac 2018

Berikut dikongsikan cara permohonan kemasukan ke UiTM ambilan sesi Mac 2018. Klik pada pautan dibawah mengikut program pengajian yang ingin dipohon:
Sebelum membuat permohonan, pastikan membeli No. Pin Unik ID UPU terlebih dahulu.

Artikel berkaitan:
👉 Panduan Membeli No. Pin Unik UPU di BSN

Panduan Mengisi Permohonan Kemasukan UiTM

A) Semasa Mengisi Borang Permohonan
  1. Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda.
  2. Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*).
  3. Pastikan anda membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda
  4. Pastikan anda menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan.
  5. Pastikan anda mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem.
B) Selepas Membuat Permohonan
  1. Pastikan anda membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.
  2. KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.
  3. Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, Pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Rujukan-UPU-Terkini dan follow di Telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini - https://t.me/rujukanupu

Selamat membuat permohonan kemasukan ke UiTM sesi Mac 2018!

No comments

Powered by Blogger.