Permohonan Kemasukan Ke Pusat Kemahiran GIATMARA 2020 Online

Permohonan Kemasukan Ke Pusat Kemahiran GIATMARA 2020 Online|ADAKAH anda seorang pelajar bumiputera yang ingin mengikuti latihan kemahiran? Panduan buat anda yang berminat membuat permohonan kemasukan ke GIATMARA tahun 2020. Untuk makluman anda, permohonan Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA ambilan Januari 2020 bakal dibuka pada bulan Oktober 2019.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan MRSM Tingkatan 4 Ambilan 2020 Online
👉 Permohonan SBP Tingkatan 4 Tahun 2020 Online

Permohonan Kemasukan Ke Pusat Kemahiran GIATMARA 2018 Online

Penubuhan GIATMARA adalah bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.

Permohonan Kemasukan Ke Pusat Kemahiran GIATMARA 2020 Online

Terdapat dua pilihan program di GIATMARA iaitu Sepenuh Masa dan Separuh Masa:

A) Program Sepenuh Masa

Untuk Permohonan Kemasukan Baru GIATMARA melalui online, hanya untuk pemohon program latihan secara sepenuh masa (full time).

Sila layari website berikut untuk mengisi borang permohonan anda:
KLIK:
👉 https://sptv.moe.gov.my/

B) Program Separuh Masa

Bagi yang berminat dengan program latihan secara SEPARUH MASA (part time), sila dapatkan di sini borang manual di pautan dibawah dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda.

KLIK 👉 Borang Permohonan Program Separuh Masa

Syarat Kemasukan Pusat GIATMARA

Antara syarat kemasukan pusat GIATMARA adalah seperti berikut:
  • Bumiputera
  • Berumur minima 15 tahun
  • Boleh Membaca, Menulis dan Minat (3M)
  • Sihat tubuh badan
  • Tamat tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawaian Elektrik & Penjaga Elektrik
Jurusan Kursus Yang Ditawarkan

Berikut adalah kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia :
  • Kursus Kluster Komputer Dan Networking Technology
  • Kluster Elektrikal (KEL)
  • Kluster Elektronik Mekatronik
  • Kursus Kluster Fabrik
  • Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
  • Kluster Hospitaliti
  • Kursus Kluster Kulinari
  • Kursus Kluster Mekanikal
  • Kluster Pembuatan
  • Kursus Kluster Pengangkutan
  • Kursus Kluster Percetakan
  • Kluster Senibina
Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada:

Jabatan Pembangunan Pelatih GIATMARA Malaysia
Tingkat 4 Bangunan Medan MARA
21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
Telefon : 03- 2691 5111 sambungan 3402
Fax : 03- 2691 0249
e-mail : pel@giatmara.edu.my

Artikel berkaitan:
👉 Semakan Keputusan GIATMARA 2020 Online

Semoga calon berjaya membuat permohonan kemasukan Pusat Latihan GIATMARA sesi Januari 2020!

1 comment:

Powered by Blogger.