Permohonan Kemasukan ke KUIS Sesi November 2017 Online

Permohonan Kemasukan ke KUIS Sesi November 2017 Online|UNTUK makluman anda, kepada anda yang ingin menyambung pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Kini, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke KUIS Sesi November 2017 yang telah dibuka seperti dipetik dari Laman Rasmi Facebook KUIS.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Kemasukan UA Ambilan Kedua Sesi 2017/2018
👉 Permohonan ILKBS (IKBN, IKTBN, AKBG) Sesi Januari 2018 Online

Permohonan Kemasukan ke KUIS Sesi November 2017 Online

Permohonan dibuka bagi yang ingin menyambung ke program Asasi/ Diploma/ Sarjana Muda/ Sarjana dan PhD secara online melalui e-Admission KUIS.

Senarai lengkap kursus pengajian yang ditawarkan boleh dirujuk di 👉 Laman Rasmi KUIS.

Permohonan Kemasukan ke KUIS Sesi November 2017 Online

Berikut dikongsikan cara permohonan kemasukan ke KUIS sesi November 2017 secara online:

1. Anda perlu pergi ke laman web pada
    Aplikasi Permohonan seperti berikut:
KLIK: 👉 http://onlineapp2.kuis.edu.my:8080/onlineapp/default.jsp

Proses menjadi pelajar berdaftar KUIS adalah melibatkan tiga peringkat seperti berikut:

PERINGKAT PERTAMA: PERMOHONAN

-Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik Permohonan Baru.
-Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan online dan klik HANTAR.
-Cetak Borang Permohonan Kemasukan untuk rujukan.

PERINGKAT KE-2: SEMAKAN & PENAWARAN

-Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik Semak Status Permohonan.
-Sekiranya permohonan berjaya, calon pelajar perlu muat turun (download) dan cetak semua dokumen dan borang berkaitan pendaftaran.
-Lengkapkan/ laksanakan/ penuhi semua keperluan yang tersenarai dalam Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu.

PERINGKAT KE-3: PENDAFTARAN

-Pastikan semua perkara dalam Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu disediakan/ dilengkapkan/ dibawa pada hari pendaftaran.
-Hadirkan diri pada Hari Pendaftaran Pelajar Baharu KUIS pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan (rujuk Surat Tawaran).

Syarat Kemasukan ke KUIS

Berikut adalah syarat kemasukan bagi pemohon yang ingin mendaftar di KUIS:

1. Ijazah Sarjana Muda
-Keputusan Peperiksaan STAM hanya  dengan keputusan MAQBUL
-STPM hanya dengan 2 kredit

2. Asasi
-Mendapat 5 kredit dalam Sijil Pelajaran  Malaysia (SPM)

3. Diploma
-Mendapat 3 kredit dalam SPM

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan, penawaran dan pendaftaran, sila hubungi melalui KUIS di:

Seksyen Permohonan dan Kemasukan Pelajar,
Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
No. Telefon: 03-89117000/ 2240/ 2239/ 1220/ 
1205
No. Faks: 03-89268462
Emel: admission@kuis.edu.my

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Rujukan-UPU-Terkini dan follow di Telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini - https://t.me/rujukanupu

Semoga berjaya membuat permohonan kemasukan ke KUIS Sesi November 2017! Good luck!

No comments

Powered by Blogger.