Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi Sesi 2019/2020

Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi Sesi 2019/2020|ADAKAH anda ingin membuat permohonan kemasukan ke Matrikulasi sesi 2019/2020? Untuk makluman anda, permohonan kemasukan ke Matrikulasi KPM sesi 2019/2020 bagi lepasan SPM dijangka dibuka secara online pada bulan Julai 2019.

Artikel Berkaitan:
👉 Permohonan Kemasukan ke UiTM
👉 Senarai Terkini Kolej Matrikulasi KPM


Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi Sesi 2019/2020

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Matrikulasi 2019/2020

Sebagai makluman anda, permohonan kemasukan ke Matrikulasi sesi 2019/2020 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem seperti berikut:
KLIK 👉 Aplikasi Permohonan Melalui Internet (PMI).

Info:
Pemohon perlu mendapatkan nombor (PIN) dengan membayar RM6.06 kepada kaunselor / guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan atau pelajar boleh membeli sendiri nombor PIN untuk permohonan program Matrikulasi di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi membolehkan mengakses borang permohonan online.

Artikel Berkaitan:
👉 Panduan Membeli No. Pin Unik UPU di BSN

Syarat Permohonan dan Kelayakan Minimum

Berikut dikongsikan syarat permohonan dan kelayakan minimum kemasukan Matrikulasi:
  • Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2017
  • Pelajar perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran seperti berikut dalam peperiksaan SPM tahun 2017
A) Jurusan Sains

-Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik atau Biologi

B) Jurusan Perakaunan

-Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana - mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan)

C) Aliran Teknikal

-Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh dihubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03 - 8884 4083.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Rujukan-UPU-Terkini dan follow di Telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini - https://t.me/rujukanupu

Selamat membuat permohonan kemasukan ke Matrikulasi sesi 2019/2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.