Panduan Membeli No. Pin Unik UPU di BSN

Panduan Membeli No. Pin Unik UPU di BSN|ADAKAH anda tahu bagaimana cara membeli No. Pin Unik UPU di BSN? Bagi anda yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam, Politeknik dan ILKA serta lain-lain UA, anda perlu mempunyai No. Unik ID terlebih dahulu sebelum boleh membuat permohonan. Kini, No. Unik ID untuk permohonan UPU boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), melalui mesin ATM BSN, ataupun menggunakan perkhidmatan SMS Banking (pemegang akaun GIRO sahaja).

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan UPU Sesi 2018/2019 IPTA/UA/Politeknik/ILKA
👉 Tarikh Pembelian No. Pin Unik ID UPU 2018/2019

Panduan Membeli No. Pin Unik UPU di BSN

Info:
Untuk makluman penting seperti tarikh buka dan tutup pembelian boleh dirujuk di laman web BSN di Pembelian PIN BSN.

Panduan Membeli No. Pin Unik UPU di BSN

Berikut dikongsikan panduan membeli no. Pin Unik UPU di BSN:

1. Kaunter BSN

Anda boleh pergi dimana-mana cawangan BSN disertakan membawa Kad Pengenalan dan duit bayaran No. Pin.

Info:
No. Pin Unik UPU di BSN bagi permohonan sesi 2017/2018 adalah sejumlah RM 15.60.

2. ATM (Automated Teller Machine)

  • Masukkan Kad dan No. Pin anda
  • Pilih Urusan 'Beli Pin'
  • Klik Jenis Permohonan - 'IPTA'
  • Pilih Jenis Program IPTA - 'SPM' atau 'STPM'
  • Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan
  • Semak Maklumat
  • Klik 'SETUJU' untuk meneruskan urusan dan 'BATAL' untuk membatalkan urusan
  • Selepas itu, jangan lupa cetak resit tersebut

Senarai Jenis Pembelian PIN

2. Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
4. Permohonan Kolej Komuniti KPTM dan
    Politeknik
5. Permohonan UiTM
6. Permohonan UNISEL
7. Permohonan Pinjaman PTPTN
8. Melanjutkan pelajaran ke Pusat
    Perubatan Universiti Malaya

Info:
Senarai pembelian No. Pin Unik di BSN boleh dirujuk di 👉 Portal BSN.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Rujukan-UPU-Terkini dan follow di Telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini - https://t.me/rujukanupu

Semoga perkongsian ini membantu anda membeli No. Pin Unik ID untuk permohonan pengajian di Universiti Awam!

No comments

Powered by Blogger.